JABATAN KERETAPI NEGERI SABAH
JABATAN KERETAPI NEGERI SABAH
TERMA DAN SYARAT
PEMBELIAN PERKHIDMATAN DAN PAKEJ PELANCONGAN BERASASKAN KERETAPI
(Versi Bahasa Melayu & English)
Dokumen ini mengandungi Terma dan Syarat bagi perkhidmatan dan pakej pelancongan berasaskan keretapi yang ditawarkan oleh Jabatan Keretapi Negeri Sabah (JKNS).
Dokumen ini disediakan dalam dua bahasa:
Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
Sekiranya terdapat percanggahan, versi Bahasa Melayu akan diguna pakai.
Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi:
088-279300 ext. 274 (Pengurusan Korporat) ▇▇▇▇▇▇▇▇.▇▇▇▇▇▇▇▇▇▇▇▇▇@▇▇▇▇▇.▇▇▇
TERMS AND CONDITIONS
PURCHASE OF TRAIN-BASED SERVICES AND TOUR PACKAGES
(Malay & English Versions)
This document contains the Terms and Conditions for train-based services and tour packages offered by the Sabah State Railway Department (JKNS).
This document is provided in two languages:
Malay (Bahasa Melayu) and English.
In the event of any discrepancies, the Malay version shall prevail.
For any inquiries, please contact:
088-279300 ext. 274 (Corporate Management) ▇▇▇▇▇▇▇▇.▇▇▇▇▇▇▇▇▇▇▇▇▇@▇▇▇▇▇.▇▇▇
TERMA DAN SYARAT
PEMBELIAN PERKHIDMATAN DAN PAKEJ PELANCONGAN BERASASKAN KERETAPI
PENGENALAN
Sila baca terma dan syarat dengan teliti sebelum membuat pembelian tiket. Dengan pembelian tiket perkhidmatan dan pakej pelancongan berasaskan keretapi yang ditawarkan oleh Jabatan Keretapi Negeri Sabah (JKNS) bermakna tuan/puan telah bersetuju menerima keseluruhan terma dan syarat JKNS ini atau menerima bagi pihak mana-mana orang yang tuan/puan membuat pembelian tiket perkhidmatan dan pakej pelancongan tersebut.
JKNS tidak bertanggungjawab ke atas pembelian tiket perkhidmatan dan pakej pelancongan melalui individu atau agensi yang tidak sah.
Sila hubungi khidmat pelanggan JKNS di talian ▇▇▇-▇▇▇▇▇▇ ▇▇▇ ▇▇▇ (Unit Korporat) atau emel ke ▇▇▇▇▇▇▇▇.▇▇▇▇▇▇▇▇▇▇▇▇▇@▇▇▇▇▇.▇▇▇ untuk maklumat lanjut atau pembelian tiket perkhidmatan dan pakej pelancongan JKNS.
Terma dan syarat pembelian perkhidmatan dan pakej pelancongan berasaskan keretapi ini sah sehingga ada pindaan baru dibuat.
Terma dan syarat adalah seperti berikut:-
1. Harga Perkhidmatan dan Pakej Pelancongan
• Harga tiket keretapi adalah seperti yang ditentukan dalam pakej dan harga tersebut adalah untuk semua peringkat umur.
• Harga perkhidmatan dan pakej pelancongan (Eksklusif):
(a) Harga perkhidmatan dan pakej pelancongan adalah tidak termasuk harga makanan dan minuman.
(b) Sebarang tempahan makan dan minum hendaklah dibayar berasingan oleh tuan/puan.
2. Deposit dan Bayaran Penuh
(a) Tidak ada deposit dikenakan bagi mana-mana pembelian tiket perkhidmatan dan pakej pelancongan.
(b) Semua bayaran penuh bagi mana-mana pembelian tiket perkhidmatan dan pakej pelancongan adalah tidak boleh dikembalikan melainkan ia dibatalkan mengikut jadual dan tempoh seperti dalam perkara 3 terma dan syarat ini.
3. Pembatalan, Caj Pembatalan dan Pemulangan Wang
(a) Pembatalan perkhidmatan akan terjadi sekiranya beberapa keadaan berikut berlaku:
i. Pembatalan dari pelanggan sendiri
Notis pembatalan perkhidmatan dan pakej pelancongan daripada pelanggan sendiri mestilah dibuat secara bertulis ataupun melalui emel ▇▇▇▇▇▇▇▇.▇▇▇▇▇▇▇▇▇▇▇▇▇@▇▇▇▇▇.▇▇▇ bagi mengelakkan terjadinya salah faham antara pihak pelanggan dan pihak JKNS. Tempoh sah untuk pembatalan ialah 48 jam sebelum perkhidmatan.
ii. Kerosakan jentera;
iii. Bencana alam;
iv. Perkara yang tidak dijangka / diluar kawalan pihak JKNS; atau
v. Mogok, rusuhan, peperangan atau rampasan kuasa.
(b) Tiket perkhidmatan dan pakej pelancongan yang telah dibayar/dibeli, wang tidak akan dikembalikan. Sekiranya no show (tidak dapat menggunakan perkhidmatan pada tarikh dan hari yang tertera) atau perkhidmatan dibatalkan di atas sebab yang disebut dalam perkara 3(a) di dalam terma dan syarat ini, tiket tersebut akan menjadi open-ticket bermaksud tiket boleh diguna pakai bagi perkhidmatan yang akan datang bagi tempoh setahun dari tarikh ia dibatalkan oleh pelanggan atau perkhidmatan dibatalkan atas mana-mana sebab tertera di dalam perkara 3(a) terma dan syarat ini.
(c) Bagi pemulangan wang ada beberapa proses perlu dilalui iaitu untuk pelanggan yang telah membeli tiket mestilah membuat permohonan secara bertulis ataupun melalui emel
▇▇▇▇▇▇▇▇.▇▇▇▇▇▇▇▇▇▇▇▇▇@▇▇▇▇▇.▇▇▇ beserta dengan dokumen sokongan. Pihak JKNS akan meneliti dan mengambil tindakan seterusnya.
(d) Tempahan tiket bagi pakej pelancongan (Train to Muara Sungai Benoni) bernilai RM100 seorang, sekiranya pembatalan dilakukan oleh pelanggan, duit tersebut hanya akan dikembalikan RM90, manakala RM10 adalah caj pengurusan dan operasi.
(e) Bayaran semula wang tempahan akan dilakukan dalam tempoh satu bulan dari tarikh permohonan bayaran balik disahkan atau tempahan disahkan dibatalkan atas sebab seperti yang disebut dalam perkara 3 berkaitan dalam terma dan syarat ini.
4. Jadual Perkhidmatan
Jadual dan masa perkhidmatan adalah tertakluk kepada perubahan dan pembatalan daripada pihak JKNS. JKNS akan memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk menguruskan perkhidmatan bagi membolehkan pelanggan meneruskan percutian.
5.Tanggungjawab Pelanggan
(a) Kad Pengenalan Diri
Pelanggan bertanggungjawab untuk membawa kad pengenalan diri MyKad/MyKid/Passport semasa menggunakan perkhidmatan dan pakej pelancongan JKNS.
(b) Perubatan
Pelanggan hendaklah memastikan membawa ubat-ubatan sendiri mengikut keperluan masing-masing kerana pihak JKNS tidak ada menyediakannya.
6.Hak dan Tanggungjawab JKNS
Pihak JKNS tidak akan bertanggungjawab jika masalah seperti dibawah terjadi:-
(a) Ketidaktepatan, salah faham, atau perubahan kepada perjalanan dan jadual perjalanannya.
(b) Perbelanjaan kepada penangguhan atau perubahan pada perkhidmatan pengangkutan, masalah kesihatan, cuaca, mogok, peperangan, kuarantin dan sebab-sebab yang lain yang berada diluar kawalan pihak JKNS.
(c) Sebarang kerosakan, kehilangan beg, atau barangan peribadi atau kemalangan. Ia adalah tanggungjawab pelanggan itu sendiri bagi tujuan menuntut insuran yang berkaitan dengannya.
(d) Kesukaran atau tiada kerjasama daripada pihak pelanggan yang bertindak dengan tingkah laku dengan sebab yang tidak munasabah serta merosakkan kebaikan, kelancaran perkhidmatan serta keselamatan akan ditangani oleh pihak JKNS.
7. Pindaan kepada Jadual Perkhidmatan
(a) Penggunaan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dalam setiap maklumat, Bahasa Inggeris akan diguna pakai jika terdapat kekeliruan maklumat.
(b) Maklumat dalam brosur/risalah adalah tepat dan pihak JKNS berusaha untuk mengelakkan perubahan pada jadual perkhidmatan dan pakej pelancongan, dan JKNS berhak membuat perubahan pada bila-bila masa jika berlakunya keadaan yang tidak terkawal.
8. Penggunaan dan Hak Gambar serta Video
Ketika pengembaraan, pihak JKNS mungkin akan mengambil atau menggunakan gambar ataupun video berkumpulan mahupun individu yang akan digunakan sebagai bahan marketing namun terhad kepada:
(a) Kegunaan laman web
(b) Booklet atau flyers
(c) Kegunaan social media seperti Facebook dan Instagram
(d) Media elektronik seperi Televisyen atau Radio
9. Maklumat dan data
Setiap maklumat atau data yang dibekalkan adalah sulit dan hanya digunapakai bagi tujuan rekod JKNS.
10. Barang Larangan
(a) Haiwan peliharaan tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam gerabak.
(b) Senjata tajam/bermata dan objek tajam;
(c) Sebarang senjata api
(d) Bahan letupan dan mudah terbakar
(e) Bahan kimia dan toksik
(f) Tumbuhan dan bunga hidup
(g) No Smoking / No Vaping.
(h) Barang atau bahan larangan di bawah undang-undang Malaysia:
(i) Akta Dadah Berbahaya 1952
(ii) Akta Racun 1952
(iii) Akta Bahan Letupan 1957
TERMS AND CONDITIONS
PURCHASE OF TRAIN-BASED SERVICES AND TOUR PACKAGES
INTRODUCTION
Please read these terms and conditions carefully before purchasing a ticket. By purchasing train-based services and tour packages offered by the Sabah State Railway Department (JKNS), you agree to accept all these terms and conditions on your behalf or on behalf of any person for whom you are purchasing the ticket.
JKNS is not responsible for ticket purchases made through unauthorized individuals or agencies.
For further information or ticket purchases, please contact JKNS Customer Service at 088-279300 ext. 274 (Corporate Management) or email ▇▇▇▇▇▇▇▇.▇▇▇▇▇▇▇▇▇▇▇▇▇@▇▇▇▇▇.▇▇▇.
These terms and conditions remain valid until further amendments are made.
1. Service and Tour Package Prices
• Train ticket prices are as stated in the package and apply to all age groups.
• Exclusive Service and Tour Package Prices:
a) The price of services and tour packages does not include food and beverages.
b) Any meal or drink orders must be paid for separately.
2. Deposit and Full Payment
a) No deposit is required for any train service or tour package ticket purchase.
b) Full payment for any service or tour package ticket purchase is non- refundable unless canceled according to the schedule and conditions stated in Section 3 of these terms and conditions.
3. Cancellations, Cancellation Fees, and Refunds
a) Service Cancellation Occurs in the Following Cases:
i. Customer-Initiated Cancellation:-
- Cancellation notices must be made in writing or via email to ▇▇▇▇▇▇▇▇.▇▇▇▇▇▇▇▇▇▇▇▇▇@▇▇▇▇▇.▇▇▇ to avoid misunderstandings between the customer and JKNS.
Cancellation must be made at least 48 hours before the service.
ii. Mechanical failures;
iii. Natural disasters;
iv. Unforeseen circumstances beyond JKNS's control; or
v. Strikes, riots, wars, or coups.
b) No Refunds for Paid Tickets:
Tickets remain valid as an "open-ticket," meaning they can be used for a future service within one year from the cancellation date.
c) Refund Process:
Customers must submit a written request or email along with supporting documents. JKNS will review and process the request accordingly.
d) Special Case for “Train to Muara Sungai Benoni” Tour Package:
- Ticket price: RM100 per person.
- If cancelled by the customer, RM90 will be refunded, with RM10 retained as an administrative fee.
e) Refunds will be processed within one month from the date of confirmation of the cancellation request.
4. Service Schedule
Schedules and service times are subject to changes or cancellations by JKNS. JKNS will strive to provide the best service to ensure a smooth travel experience.
5. Customer Responsibilities
a) Identification:
Customers must carry their MyKad/MyKid/Passport when using JKNS services and tour packages.
b) Medication:
Customers must bring their own medications as JKNS does not provide them.
6. JKNS Rights and Responsibilities
JKNS is not responsible for the following issues:
a) Inaccuracies, misunderstandings, or changes to schedules and itineraries.
b) Expenses due to transportation delays, health issues, weather conditions, strikes, wars, quarantines, or other factors beyond JKNS’s control.
c) Damage, loss of baggage, personal belongings, or accidents. Customers must arrange their own insurance claims.
d) Uncooperative customer behavior that disrupts service operations and safety.
7. Amendments to Service Schedule
a) In cases where both Malay and English versions are provided, the English version shall prevail in the event of discrepancies.
b) While JKNS strives for accuracy in brochures and leaflets, schedules and packages may be modified due to unforeseen circumstances.
8. Use and Rights to Photos & Videos
During trips, JKNS may take or use group or individual photos/videos for marketing purposes, limited to:
a) Website use
b) Booklets or flyers
c) Social media (Facebook, Instagram)
d) Electronic media (TV, radio)
9. Information and Data
All information and data provided are confidential and used solely for JKNS records.
10. Prohibited Items
The following items are not allowed inside train coaches:
a) Pets
b) Sharp weapons and objects
c) Firearms
d) Explosives and flammable materials
e) Toxic chemicals
f) Live plants and flowers
g) Smoking and vaping are prohibited
h) Items restricted under Malaysian law, including:
i. Dangerous Drugs Act 1952
ii. Poisons Act 1952
iii. Explosives Act 1957